Friday 8 January 2016

02.01.2016 : Majlis Perkahwinan di Sungai Rokam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Orait, dah lama tak update tentang aktiviti katering team FR Katering ni. Kami dalam proses mengumpul semua gambar-gambar yang sempat di rakam semasa majlis berlangsung. Itu yang memakan masa sedikit tu.

Untuk entry hari ini kami nak share dengan anda semua berkaitan dengan Majlis Perkahwinan di Sungai Rokam, Ipoh, Perak yang lalu. Team FR Katering telah berbesar hatinya menyumbangkan tenaga bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Majlis Perkahwinan
Tempat : Dewan Orang Ramai Sungai Rokam, 
Ipoh, Perak.
Tarikh : 02-01-2016
Jam : 11.00 pagi ~ 4.00 petang
Bilangan Jemputan : 300 orang

Untuk majlis kali ini, Team FR Katering hanya menurunkan seramai 10 orang sahaja anggota bagi membantu persiapan. Majlis kali ini kami tidak terlalu kelam kabut kerana jemputan yang datang secara runcit-runcit, bukannya serbu dalam satu masa. Alhamdulillah, lega sikit rasa. 

Kami turut menyediakan hidangan secara DOME sebanyak 2 meja. Hidangan di meja pengantin & gubahan hidangan pengantin juga kami sediakan. Team FR Katering tiba di lokasi pada jam 9.30 pagi dan tugas-tugas terus di laksanakan sepertimana di agihkan kepada team.







Pandangan semasa kerja-kerja belakang tadbir di lakukan bagi menjayakan majlis. Walaupun hanya 300 orang jemputan namun Team FR Katering tetap melakukan setiap tugasan & tanggungjawab dengan sebaik mungkin bagi memastikan customer kami berpuas hati serta tetamu jemputan turut berpuas hati.

Apa pula menu pada kali ini? Semestinya 'killer menu' tetap menjadi pujaan hati setiap customer kami.. 1stly kita intai dulu menu yang kami siap sediakan untuk para tetamu jemputan.

Ayam Malbari.

Buah Tembikal sesuai semasa cuaca panas begini.

Daging Masak Kicap.

Pecal antara 'killer menu' FR Katering!

Dalca

Ini bukannya nak promote model 2 orang tu. Just nak inform air yang team FR Katering sediakan ialah air warna hijau tu. Memang 'kena' dengan tema majlis pada hari ini.

Then, kita intai pula gubahan & menu yang telah di siapkan oleh Team FR Katering untuk di hidangkan kepada pasangan pengantin & keluarga semasa di meja makan beradab.

Ayam Malbari.

Daging Masak Kicap

Ayam Golek

Udang panjat
Pecal.

Dalca

Kemudian bermulalah tugas team FR Katering untuk menghias & memperkemaskan meja Makan Beradab pengantin dua sejoli ini. Just simple & nice...





Sebenarnya customer kami tidak request untuk menu gubahan tapi sebagai tanda terima kasih dan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin, so team FR Katering menyiapkan 3 jenis menu gubahan untuk pengantin.

Nasi Minyak.

Buah Tembikai.

Ayam Malbari.

Daging Masak Kicap.

Dalca

Pecal.

Ini hidangan penuh untuk Dome. Team FR Katering menyediakan hidangan Dome untuk 2 meja. Ini adalah untuk santapan keluarga mertua pengantin.


Meja untuk Hidangan Dome

Ini pula hidangan tambahan untuk keluarga terdekat pasangan pengantin. Cara kampung yang biasa kita lakukan dari dulu. Kalau penggunaan dome tu lebih kurang cara moden dah kan. So, untuk majlis kali ni ada 2 versi untuk hidangan kepada keluarga terdekat.

Kemudian berpusu-pusu tetamu datang menjamu selera. Bertuahnya kami & tuan rumah, tetamu datang secara runcit-runcit. Dengan kata lain, tetamu yang datang tidak serbu dalam satu masa! So, team kami tidak terlalu terkejar-kejar, tenang la sikit membuat kerja. Tambahan lagi tandas & surau pun sudah di sediakan di dewan tersebut. Everythings complete!!





Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Alhamdulillah dalam jam 4.00 petang semuanya selesai. Bermula pula tugas-tugas mengemas & mencuci pinggan mangkuk.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan ataupun ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi Team FR Katering di :-


Kedai Makan SELERA KAMPUNG FAZIAH
FR Katering

Alamat :-
1A, Jalan Merak,
Kampung Pengkalan Pegoh,
31500 Lahat, Perak.

No. Telefon :-
016 - 932 4395 (Ibu)

No. WhatsApp :-
013 - 984 6320 (Eppy)
012 - 537 8935 (Titi)

E-Mail :-
frkatering@yahoo.com
  
Terima kasih kerana sudi singgah & baca entry kami kali ini.

~ FR Katering~
'In Syaa Allah... kami permudahkan'

No comments:

Post a Comment

Kami perlukan komen membina dari anda semua...
Terima kasih (^_^)