Monday 11 January 2016

03.01.2016 : Majlis Perkahwinan di Taman Pelangi, Perak.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Apa pendapat anda semua dengan setiap entry kami ini?
Untuk hari yang cukup cerah ni, kami nak update tentang aktiviti Team FR Katering semasa menerima tempahan menyediakan katering di Majlis Perkahwinan di 

Majlis Perkahwinan
Tempat : Taman Pelangi,
Ipoh, Perak.
Tarikh : 03-01-2016
Jam : 11.30 pagi ~ 4.30 petang
Jemputan : 800 orang

Lokasi majlis kali ini agak jauh sikit dari kawasan kami. Namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun ada 2,3 perkara yang agak kelam kabut, biasalah  kalau melibatkan majlis besar ni kan... Macam tak biasa...hehehehe... Kami bergerak ke lokasi majlis dengan menggunakan 1 lori, 1 van, 1 kereta & 1 motorsikal. Semua complete!!! Anggota seramai 15 orang dan kami tiba di lokasi pada jam 10.00 pagi.





Semasa proses menyiapkan segala kelengkapan untuk majlis. Alhamdulillah, tuan rumah menyediakan 1 khemah special untuk kami bekerja. Terima kasih Tuan Rumah (^_^)

1stly kami nak share gambar-gambar di Meja Makan Beradab Pengantin. Antara gubahan-gubahan makanan yang telah kami sediakan kepada pasangan pengantin.

Gubahan Bakul Tembikai.

Ayam Golek.

Udang Panjat.

Gubahan Buah-Buahan.

Ayam Masak Malbari.

Dalca

Daging Kicap.

Pecal.

Ikan 4 Rasa.

Dessert : Choc Cake Moist

Semuanya terbaik & fresh! Semua gubahan di lakukan pada hari majlis berlangsung. Pagi-pagi lagi kerja mencungkit & menoreh ni di lakukan. Memang lagend kan?? 

Then kita singkap satu persatu menu untuk tetamu jemputan pula merangkumi tetamu VIP dimana untuk tetamu VIP iaitu keluarga kepada pasangan pengantin di jamu menggunakan kelengkapan DOME. Lebih jimat space & mudah kepada tetamu.


Menu penuh hidangan Dome.


Pecal.

Ayam Malbari.

Dalca.


Daging Masak Kicap.

Nasi Minyak.

Dan tersusun lah semuanya. Lengkap, kemas, bersih dan tersusun cantik di situ.

Untuk hidangan buffet kepada tetamu jemputan pula Team FR Katering tetap perkemaskan dengan baik untuk keselesaan tetamu semua. Kami tak sempat sangat nak tangkap gambar banyak-banyak kerana majlis kali ini tetamu yang datang cukup hevoc!! Serbu dalam satu masa dan dalam masa yang agak panjang. So, berkejaran lah team FR Katering untuk tambah lauk yang sangat cepat berkurangan di meja hidangan dan buffet.



Berakhir sudah persembahan team FR Katering pada hari ini. Memang memenatkan tapi alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Siap ada tetamu yang interview Puan. Boss di mana kedai dan lokasi kami. Manalah tahu pembawa rezeki kan.. 

Jika anda berminat untuk membuat tempahan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi kami di :-

Telefon :-
016-932 4395 (Ibu)

WhatsApp :-
013-984 6320 (Eppy)
012-537 8935 (Titi)

Email :-
frkatering@yahoo.com

~ Team FR KATERING ~
"In Syaa Allah... Kami Permudahkan "

No comments:

Post a Comment

Kami perlukan komen membina dari anda semua...
Terima kasih (^_^)